Monday, May 2, 2011
Wednesday, May 27, 2009
MAAF YA LAMA TAK KEMASKINI BLOG INI
Assalamualaikum;
Dah lama benar tak kemaskini blog ni. Bukannya tak aktif menyulam manik tapi terlalu sibuk dengan kerja rumah dan kerenah anak-anak. Projek pertama saya pada Mei'09 adalah untuk pelanggan adik saya di Selayang (baju pengantin). Masa tu saya tak sempat nak hantar sendiri ke Selayang, jadi saya gunakan Pos Ekspres. Orang kat Selayang tunggu punya tunggu hampir empat hari belum sampai, kami dah susah hati kerana hari perkahwinan pelanggan dah hampir sangat, kalau tak sampai nampaknya adik saya kena jahit balik baju itu tanpa manik. Akhirnya kami dapat tahu (atas pertolongan jiran yang bekerja kat Pejabat Pos) yang kotak tesebut dah pergi ke Kota Kinabalu dan sempat dihantar semula ke Selayang sebelum tarikh perkahwinan. Fuh leganya. Sebenarnya saya tulis poskod terlalu kecil dan mungkin pihak pos terkeliru dengan poskod di Sabah.
Berikut saya sertakan gambar-gambar untuk projek manik kedua saya untuk bulan May'09.
Oleh: Nani Manik
Dah lama benar tak kemaskini blog ni. Bukannya tak aktif menyulam manik tapi terlalu sibuk dengan kerja rumah dan kerenah anak-anak. Projek pertama saya pada Mei'09 adalah untuk pelanggan adik saya di Selayang (baju pengantin). Masa tu saya tak sempat nak hantar sendiri ke Selayang, jadi saya gunakan Pos Ekspres. Orang kat Selayang tunggu punya tunggu hampir empat hari belum sampai, kami dah susah hati kerana hari perkahwinan pelanggan dah hampir sangat, kalau tak sampai nampaknya adik saya kena jahit balik baju itu tanpa manik. Akhirnya kami dapat tahu (atas pertolongan jiran yang bekerja kat Pejabat Pos) yang kotak tesebut dah pergi ke Kota Kinabalu dan sempat dihantar semula ke Selayang sebelum tarikh perkahwinan. Fuh leganya. Sebenarnya saya tulis poskod terlalu kecil dan mungkin pihak pos terkeliru dengan poskod di Sabah.
Berikut saya sertakan gambar-gambar untuk projek manik kedua saya untuk bulan May'09.
Oleh: Nani Manik
Friday, October 31, 2008
PROJEK MANIK PERTAMA
MANIK PINAKOL KEUNIKAN BUDAYA RUNGUS
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
(Yang mengikuti lawatan anjuran
Kraftangan ke Sabah, baru-baru ini)
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 28/10/08
MANIK pinakol dan rantai yang sering dijadikan hiasan untuk dipakai wanita Sabah dari suku kaum Rungus ketika majlis keramaian (gambar)
DI rumah panjang itulah dia dibesarkan dan belajar mengenal erti hidup. Rumah panjang yang terletak di Kampung Tinangol, Kudat, Sabah itu memang terpencil dan sukar untuk dijejaki jika tiada pemandu pelancong yang membawanya. Namun di situlah tempat Erllin Agunchai, 25, membesar dan menghabiskan hampir seluruh waktu siangnya membuat kraftangan yang berasaskan manik.
Berpusat di sebuah bengkel yang didirikan khas, setiap hari Erllin bersama dua anak perempuannya, Elvera, 6, dan Elfey Ferra, 2, akan membuat kraftangan manik. Di situlah juga manik yang telah dicantumkan menjadi barangan perhiasan akan dijual kepada pelancong yang sampai ke kampung mereka.
Sejak berusia 13 tahun lagi Erllin telah membuat gelang maniknya sendiri, namun gelang maniknya itu musnah dalam kebakaran yang berlaku di kediamannya beberapa tahun lalu.
Bukan dipaksa atau terpaksa, minat membuat kraftangan manik sememangnya terbit secara semula jadi dalam diri ibu muda ini. Sebab itulah dalam sehari Erllin mampu menghasilkan lebih dari tiga perhiasan yang diperbuat daripada manik. Sebagai suri rumah dan pengusaha manik sepenuh masa, Erllin mampu memperoleh pendapatan sebanyak RM200 hingga RM300 sebulan.
Jumlah itu bukan sahaja cukup untuk menampung kehidupan malah memberi Erllin peluang merencanakan masa depan anak-anaknya dengan menabung pendapatan yang diperoleh hasil dari menjual manik kraftangan beliau.
Ia menjadi pelengkap kepada pendapatan suaminya, Edmund Polipus, 30, yang bertugas sebagai guru untuk menampung kehidupan mereka berempat.
Bukan Erllin sahaja, malahan neneknya, Ombuong Musodong, 65, ibu saudara, sepupu serta rakan-rakan Erllin turut terlibat dalam bisnes yang sama dengannya. Pendek kata setiap wanita di kampung itu semuanya memiliki kemahiran membuat kraftangan manik dan meneruskan tradisi itu secara beramai-ramai.
“Kenangan yang paling tidak dapat dilupakan sejak memulakan perusahaan ini ialah apabila mendapat tempahan pinakol (manik yang dibuat berbentuk rantai) sebagai cenderamata untuk seorang paderi.
“Ia dijual dengan harga RM150, yang paling mahal pernah saya jual sepanjang terlibat dalam bidang ini,” jelas Erllin yang ditemui di bengkel kraf Kampung Tinangol, baru-baru ini.
Erllin berkata, hampir 100 wanita di kampungnya akan bekerjasama membuat manik sekiranya mendapat tempahan. Mereka tidak pernah bersikap mementingkan diri sendiri malah setiap keuntungan dibahagikan sama rata sesama mereka.
“Paling menarik, para suami akan turut menolong kiranya para isteri tidak mampu menguruskan tempahan yang banyak,” ujar Erllin dalam loghat Sabah yang mudah difahami.
Setiap corak yang dihasilkan adalah mengikut kreativiti mereka sendiri. Perhiasan seperti rantai dibahagikan beberapa nama seperti litai Sabah, litai Venusak, tinutu (corak tradisi), inavol dan pinakol.
Menurut Erllin, pinakol paling sukar dihasilkan kerana ia memerlukan ketelitian serta kesabaran yang tinggi.
“Pinakol ini pula terbahagi dua iaitu yang jenis bersilang dan yang kedua biasanya digunakan pada tradisi perkahwinan suku kaum Rungus di Kudat,” jelas Erllin.
Antara produk daripada manik yang dihasilkan termasuklah gelang, rantai, kerongsang, balutan pen dan macam-macam lagi.
Mengikut bancian yang dijalankan oleh Kraftangan Malaysia, perusahaan manik merupakan perusahaan yang paling ramai jumlahnya di Sabah. Justeru ia menjadikan manik sebagai sumber ekonomi majoriti wanita Sabah.
Penglibatan Kraftangan Malaysia, khususnya dalam program pembangunan usahawan dan promosi ternyata memberikan nafas baru buat seni warisan Sabah ini. Sekali gus menjadikan kraf manik sebagai satu seni yang akan terus mengekalkan tradisinya di negeri yang terkenal dengan jolokan negeri di bawah bayu itu.
Seperti usahawan lain, Erllin turut berharap agar gerai maniknya lebih maju pada masa depan dan dapat menyertai pameran di luar Kudat dengan lebih banyak lagi.
KURSUS MANIK
(Gambar di atas adalah sulaman manik yang disiapkn semasa kursus)
Hasnani menghadiri kursus manik 'advance' anjuran Nora Manik pada 1/11/08 di Putra Perdana. Yuran kursus RM200. Detail akan diceritakan kemudian. Maklumat pasal kursus tersebut didapati di internet. Ini adalah kali ketiga beliau menghadiri kursus manik. Kali pertama di Pertama Kompleks, KL dan kali kedua di Shah Alam.
SENARAI NAMA PESERTA
1. Amirah Hulwani
2. Hasifah Bt Sarikawi, Bangi
3. Mazurita, Putrajaya
4. Musalmah, Shah Alam
5. Azura, Cheras
6. Ros Kartinie, Putra Perdana
7. Zalizan Abd Kadir,
8. Rusnani Sudin, Putrajaya
9. Hasnani Daud, Bukit Puchong 1
10. Raja Amalina, Serdang Raya
PENGARUH MANIK DALAM FESYEN
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA ONLINE 28/10/08
KASUT yang dihiasi dengan manik untuk pengantin sehari (rujuk gambar di atas).
Manik yang pernah suatu ketika dulu, disifatkan sama nilainya dengan emas oleh masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak kerana keistimewaannya dalam menghasilkan kraf yang juga sumber pendapatan utama keluarga kini telah mengalami transisi yang ketara dari segi rekaan dan penggunaannya.
Bahkan, kini semakin ramai yang sedar, mahir dalam hiasan manik mampu menjana pendapatan lumayan jika diusahakan secara bersungguh- sungguh.
Manik kini tidak sekadar hanya dibuat untuk kraf hiasan etnik beberapa suka kaum di negara ini tetapi telah dipermodenkan malah dinaikkan tarafnya sebagai hiasan yang dalam menghias pakaian berjenama, aksesori dan hiasan dalaman.
Malah, kerajaan turut menggalakkan golongan wanita khususnya suri rumah yang memiliki kemahiran dalam bidang jahitan dan hiasan manik supaya bijak memanfaatkan kreativiti mereka itu dengan melibatkan diri dalam dunia perniagaan ini.
Namun begitu, dalam memodenkan pembuatan hiasan manik, yang penting ialah kreatif dalam menggabungkan corak dan bahan bagi menghasilkan rekaan yang cantik. Justeru itu, pemilihan manik yang sesuai mampu menyerlahkan hasil rekaan.
Trend ketika ini banyak membuat gabungan pelbagai jenis manik seperti bulat, bujur dan warna-warna yang menceriakan di samping mutiara, labuci dan batu-batu kristal untuk memberi kelainan pada sesuatu hasil kerja itu.
Selain cantik, harga upahnya juga lebih tinggi dan sudah pasti memberi pulangan yang baik bagi mereka yang mahir dan mahu mengambil upah menjahit manik.
Kini, manik bukan lagi hanya penghias pakaian tetapi butirannya yang pelbagai bentuk dan berwarna-warni menjadi hiasan di segenap permukaan sepatu, ia mampu menyerlahkan gaya si pemakai.
Begitu juga dengan fesyen tudung bermanik dan pakaian tradisional bermanik yang sangat popular sekarang. Bagi mencantikkan lagi hiasan di pakaian dan tudung, gabungan manik dan beberapa aksesori sampingan termasuk labuci, kristal dan pelbagai lagi turut dilakukan.
Tidak ketinggalan juga dengan aksesori manik yang menggabungkan antara kristal, kerangan, mutiara telah mencantikkan dan menjadi lebih elegan aksesori itu.
Jika dulu, manik semata-mata, tetapi menerusi kreativiti, ia telah menjadi satu produk yang bukan sahaja setakat dijadikan cenderamata tetapi menjadi produk jualan import dan eksport sekiranya kena dengan hiasannya.
Mempelbagaikan penggunaan manik terhadap produk hiasan dalaman turut menjadi agenda utama Kraftangan Malaysia. Ia bukan sekadar layak dijadikan hiasan pada bakul atau pakaian tetapi telah dipermodenkan dengan beberapa inovasi yang boleh diterima umum. dan tidak terlalu etnik.
KISAH MANIK
Blog ini saya dicipta untuk isteri saya Hasnani yang menyukai manik. Saya akan masukkan gambar-gambar projek manik yang disiapkan dari masa ke semasa. Saya juga akan 'copy' kisah masih dari akhbar dan maklumat di alam maya. Juga bahan-bahan bacaan membabitkan manik
Subscribe to:
Posts (Atom)